Baru-baru ini (15 Februari 2009), saya dan bapa saya telah berpeluang untuk menziarahi saudara pangkat 7 pupu saya, (YM Raja Ali ibn Raja Amran ibn Raja Amin ibn Raja Ali ibn Raja Pandak Abd. Rahman ibn DYMM Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah - Marhum Durian Sebatang, Perak) yang tinggal di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Tujuan utama perjumpaan itu adalah untuk mencari dan berbincang berkenaan dengan salasilah keluarga saya.
Dalam pertemuan itu juga, saya telah diperkenalkan dengan salah seorang kerabat Diraja Bugis-Perak yang bernama YM Raja Shah Riman ibn Raja Yusof ibn Raja Hamzah ibn Raja Ngah Jaafar ibn Raja Chik Usman ibn Raja Hj. Ahmad (Engku Hj. Tua Riau) ibn DYMM Almarhum Yang Dipertuan Muda Riau Raja Haji al-Shahid (Marhum Teluk Ketapang) ibn DYMM Almarhum Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Chellak ibn Almarhum Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibn La Madusilla.
YM Raja Shahriman ini kemudiannya menerangkan kepada saya dan bapa saya yang keluarga kami ini berasal daripada keturunan Arung Bone, Sulawesi yang datang ke negeri Perak. Dalam masa yang sama, beliau juga telah berkesempatan menunjukkan salasilah keluarga kami yang telah lama disimpan olehnya. Salasilah keluarga kami tersebut telah ditulis oleh YM Raja Ahmad Kamar ibn Raja Adnan ibn Raja Ali ibn Raja Ngah Makah ibn Daeng Peratis. Beliau juga menetap di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Berdasarkan keterangan dalam salasilah itu, YM Raja Ahmad Kamar ini pangkat bapa saudara 2 pupu saya dan kami berkongsi moyang yang sama.
Selain itu, saya juga memperoleh maklumat berkenaan orang-orang Bugis yang berada di ngeri Perak Darul Ridzuan daripada buku Sejarah Perak yang ditulis oleh En. A. Halim Nasir pada tahun 1977 (terbitan Jabatan Muzium Malaysia). Dalam buku tersebut dinyatakan bahawa orang-orang Bugis kebanyakannya terdapat di daerah Kuala Kangsar, terutamanya di Kota Lama Kanan, Kota Lama Kiri dan juga di Sayong. Mereka ini dipercayai berasal dari negeri Selangor (pusat kegiatan orang-orang Bugis di semenanjung) dan juga keturunan daripada Daeng Salili anak raja Bugis yang dilantik menjadi Mufti Negeri Perak pada zaman pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah III (1728-1756). Daripada keturunan Daeng Salili inilah telah diangkat oleh Sultan Perak menjadi Temenggong Paduka Raja sehingga ke hari ini.
Selain itu, menurut keterangan En. A. Halim Nasir lagi, pada tahun 1742, orang-orang Bugis yang d**etuai oleh DYMM Yang Dipertuan Muda Riau yang kedua, Opu Daeng Chellak ibn Opu Tendriburang Daeng Rilaka, adinda Opu Daeng Marewah (Yang Dipertuan Muda Riau Pertama) telah datang ke Perak untuk membantu Yang Dipertuan Muda Sultan Muhammad Shah Aminullah (1744-1750) untuk menyerang kekanda baginda sendiri iaitu DYMM Sultan Muzaffar Shah III. Walau bagaimanapun, serangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana mereka mendapat maklumat bahawa DYMM Sultan Muzaffar Shah itu mempunyai seorang penasihat yang sangat dihormati yang juga berasal daripada anak raja Bugis yang alim bernama Haji Besar Daeng Salili. Opu Daeng Chellak dan kebanyakan para pengikutnya kemudian kembali semula ke Riau.
Walau bagaimanapun, mungkin terdapat segelintir pengikut Opu Daeng Chellak yang datang bersama-sama baginda itu terus menetap di negeri Perak dan tidak pulang semula ke Riau atau Selangor. Dan mereka semestinya telah berkahwin dengan masyarakat tempatan sehingga melahirkan generasi Bugis peranakan di Perak. Hal ini mungkin berlaku kepada nenek moyang saya juga.
Justeru, berdasarkan fakta-fakta ini, sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan salasilah keluarga ini diminta menghubungi saya:
YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah b. Raja Baharudin
ibn.baharudin@gmail.com
019-5611794
« Last Edit: May 10th, 2009, 10:42am by Raja Adley Paris Ishkandar » Logged
--------------------------------------------------------------------------------
YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin
Raja Adley Paris Ishkandar
Junior Member
member is offline
Gender:
Posts: 60
Re: Cari Kerabat YM Raja Ngah Makah b. Daeng Perat
« Reply #1 on: Feb 22nd, 2009, 10:04am »
--------------------------------------------------------------------------------
Inilah salasilah Keturunan YM Raja Ngah Makah ibn Daeng Peratis yang ditulis oleh YM Raja Ahmad Kamar ibn Raja Adenan ibn Raja Ali ibn Raja Ngah Makah ibn Daeng Peratis...
Nenek moyang yang pertama yang dapat d**enal pasti dalam salasilah ini ialah YM Arung Bone. Beliau mendapat seorang putera bernama YM Arung Palakka
Arung Palakka ini memperoleh pula seorang putera yang bernama (Daeng) Petaperangkawai. (Daeng Petaperangkawai ini dikatakan berkahwin dengan Datu Ri Watu binti Opu Tendriburang Daeng Rilaka (bondanya bernama YM Raja To Pammana bt. Datu Pammana). Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dianugerahkan seorang putera yang bergelar YM Raja Muda Bone.
Raja Muda Bone ini mendapat 4 orang anak, 3 orang putera dan seorang puteri, iaitu:
1. YM Tengku Puan Kechil bt. Raja Muda Bone (Kedah). Beliau berkahwin dengan YM Tengku Mahat.
2. YM Daeng Selatang b. Raja Muda Bone. Beliau dipercayai berkahwin dengan anakanda DYMM Sultan Abdul Samad (Selangor).
3. YM Daeng Malak b. Raja Muda Bone.
4. YM Tok Engku Daeng Peratis b. Raja Muda Bone. Beliau mendapat 2 orang putera iaitu:
4a) YM Daeng Muhammad @ Raja Ismail (Raja Alang Ahmad Bernam). Beliau berkahwin dengan YM Raja Maimunah bt. Raja Ismail Puteh ibn Tengku Besar Muda Abdul Rahman, Siak.
1. YM Raja Jaafar (Khatib Lubok Merbau, Perak).
2. YM Raja Puteh Mala
3. YM Raja Abdul Rahman
4. YM Raja Ngah Jora
5. YM Raja Aishah
6. YM Raja Long Mahawa
4b) YM Raja Ngah Makah. Beliau berkahwin dengan YM Raja Banun bt. Raja Ismail ibn Raja Abdul Rahman (Raja Kechil Sulong) ibn Almarhum Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda [Marhum Sulong - Perak (1773-1792)] ibn Almarhum Sultan Muhammad Shah [Marhum Aminullah - Perak (1744-1750)] ibn Yang Dipertuan Muda Raja Mansur ibn Almarhum Sultan Muzaffar Shah II [Marhum Jalilullah - Perak (1636-1653)]. Mereka dianugerahkan 6 orang anak, 3 orang putera dan 3 orang puteri, iaitu:
a) YM Raja Omar ibn Raja Ngah Makah. Beliau mendapat 4 orang anak, iaitu:
i. YM Raja Halimah bt. Raja Omar. Beliau berkahwin dengan YM Syed Abdullah b. Syed Abu Bakar al-'Attas, Kadi Besar Perak.
ii. YM Raja Saadiah bt. Raja Omar.
iii. YM Raja Rastam b. Raja Omar. Beliau berkahwin dengan YM Raja Rahmah bt. Raja Jaafar b. Daeng Muhammad b. Engku Daeng Peratis.
iv. YM Raja Mahadi b. Raja Omar.
b) YM Raja Rafeah bt. Raja Ngah Makah (Raja Noteh Besar). Beliau berkahwin dengan Uda Sakak.
c) YM Raja Abdul Jalil ibn Raja Ngah Makah. Beliau mempunyai seorang anak yang bernama YM Raja Ahmad Darjis yang berkahwin dengan YAM Raja Azizah bt. Sultan Abdullah Muhammad Shah II (Marhum Habibullah)
d) YM Raja Ali ibn Raja Ngah Makah. Beliau berkahwin dengan YM Raja Noteh Hawa bt. Raja Abdul Latif bin Raja Daud bin Raja Ali bin Raja Bendahara Raja Mahmud (Marhum Sayong) ibn Raja Ibrahim ibn Almarhum DYMM Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak ke-16 - memerintah 1765-1773)dan mendapat 4 orang anak, iaitu:
i. YM Raja Adenan b. Raja Ali. Beliau berkahwin dengan Hjh. Mariam bt. Ahmaddan mendapat 5 orang anak, iaitu:
i.i) YM Raja Ahmad Kamar b. Raja Adenan. Beliau berkahwin dengan Hawa bt. Mat Rasat dan mendapat 4 orang anak, iaitu:
1) YM Raja Zaida bt. Raja Ahmad Kamar. Beliau berkahwin dengan Yaakub Ismail. Mereka mendapat 4 orang cahaya mata, iaitu:
a. Ainnur Liyana bt. Yaakub.
b. Ahmad Hazmie b. Yaakub.
c. Ahmad Bazlie b. Yaakub.
d. Ahmad Hilmie b. Yaakub.
2) YM Raja Zulkifli b. Raja Ahmad Kamar. Beliau berkahwin dengan Aina Zuraya Arifin. Mereka mendapat 4 orang cahaya mata, iaitu:
a. YM Raja Aleea Nadira bt. Raja Zulkifli.
b. YM Raja Aqeef Nifael b. Raja Zulkifli.
c. YM Raja Aleef Nashriq b. Raja Zulkifli.
d. YM Raja Aqeef Nuqman b. Raja Zulkifli.
3) YM Raja Zainuzzaman b. Raja Ahmad Kamar. Beliau berkahwin dengan Zanariah Atan Laham.
a. YM Raja Muhammad Zainur Afiq.
b. YM Raja Muhammad Zarif Aiman.
c. YM Raja Muhammad Zaim Akmal.
d. YM Raja Muhammad Zahid Aizad.
4) YM Raja Zarina bt. Raja Ahmad Kamar.
i.ii) YM Raja Tajuddin @ Tak b. Raja Adnan. Beliau berkahwin dengan YM Raja Nor Ain.
i.iii) YM Raja Nor Uyun bt. Raja Adenan. Beliau berkahwin dengan YM Raja Sapiol Badrin.
i.iv) YM Raja Baharuddin b. Raja Adenan. Beliau berkahwin dengan YM Raja Kamariah.
i.v) YM Raja Nor Azian bt. Raja Adenan. Beliau berkahwin dengan Ramli Dakub.
ii. YM Raja Musa b. Raja Ali. Beliau berkahwin dengan YM Raja Aminah bt. Raja Lope Ahmad. Beliau mendapat 3 orang anak, iaitu:
1. YM Raja Zauyah bt. Raja Musa. Beliau berkahwin dengan YM Raja Yusof b. Raja Hamzah.
2. YM Raja Harman b. Raja Musa. Beliau berkahwin dengan Fatimah Sara bt. Kamaruddin.
3. YM Raja Idris b. Raja Musa.
iii. YM Raja Saleha @ Sehat bt. Raja Ali . Beliau berkahwin dengan YM Raja Aliyuddin ibn Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Yahya.
iv. YM Raja Zainal Abidin b. Raja Ali. Beliau berkahwin dengan YM Raja Hamidah bt. Raja Mamat Perak b. Raja Ismail Puteh ibn Tengku Besar Muda Abdul Rahman, Siak.
e) YM Raja Aminah bt. Raja Ngah Makah. Beliau dipercayai berkahwin dengan Sultan Daik (Lingga?).
f) YM Raja Khadijah bt. Raja Ngah Makah. Beliau berkahwin dengan YM Raja Ibrahim.
g) YM Raja Aishah bt. Raja Ngah Makah. Beliau berkahwin dengan YM Tok Seri Indera Jaya Raja Shahbudin b. Raja Dagang b. Tengku Busu (Siak). YM Raja Aishah bt. Raja Ngah Makah ini mangkat pada tahun 1938 di Teluk Intan, Perak. Mereka mendapat 10 orang anak, iaitu:
i. YM Raja Yong Arba'ayah bt. Raja Shahbudin. Beliau berkahwin dengan YM Raja Shahruzzaman b. Raja Kamaral Bahrain.
ii. YM Raja Hj. Yeop Shaharuddin b. Raja Shahbudin. Beliau berkahwin dengan YM Raja Halimah bt. Raja Chik Abdul Hamid ibn Orang Kaya-kaya Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Yahya, Siak.
iii. YM Raja Lope Zainuddin b. Raja Shahbudin. Beliau berkahwin dengan Hjh. Puteh bt. Ahmad. Mereka mendapat 9 orang anak, termasuklah:
iii.i. YM Raja Baharudin b. Raja Lope Zainuddin. Beliau berkahwin dengan Salina Kim bt. Abdullah. Mereka mendapat 4 orang anak, iaitu:
1) YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah. Beliau berkahwin dengan Nirma Azura bt. Hj. Sulaiman dan mendapat seorang anak, iaitu:
a. YM Raja Idris Murshidul Azam Shah.
2) YM Raja Allen Jordan Izzuddin Shah.
3) YM Raja Dora Sophia Regina.
4) YM Raja Shah Shamier Zulqarnain.
iv. YM Raja Mimi Arbiah bt. Raja Shahbudin. Beliau berkahwin dengan YM Raja Lope Shaharuddin b. Raja Muhammad.
v. YM Raja Teh Saodah bt. Raja Shahbudin. Beliau berkahwin dengan YM Raja Hj. Jaafar.
vi. ( ? ).
vii. ( ? ).
viii. ( ? ).
ix. YM Raja Tan Sri Dato' Seri Dr. Raja Ahmad Noordin b. Raja Shahbudin. Beliau berkahwin dengan Y. Bhg. Puan Sri Datin Seri Hjh. Saliah bt. Hj. Abdul Wahab.
x) YM Raja Kamaruddin b. Raja Shahbudin. Beliau berkahwin dengan YM Raja Zaharah bt. Raja Abdul Aziz @ Raja Azid b. Raja Alang Ismara b. Raja Ngah Jaafar b. Raja Chik Usman b. Raja Hj. Ahmad [Engku Hj. Tua Riau].
Sumber:
Salasilah YM Raja Ahmad Kamar b. Raja Adenan (Tulisan Rumi), Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Tuhfat al-Nafis, YM Raja Ali Haji ibn Raja Haji Ahmad.
Salasilah Keturunan Raja-raja Bugis (tulisan Jawi Lama), milik YM Orang Kaya-kaya Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Ali ibn Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Mahmud (kini salinannya disimpan oleh YM Raja Ali bin Raja Amran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak manakala salinan aslinya disimpan oleh YM Raja Hassan b. Engku Imam Paduka Tuan Raja Hj. Ali
« Last Edit: May 10th, 2009, 12:40pm by Raja Adley Paris Ishkandar » Logged
--------------------------------------------------------------------------------
YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin
--------------------------------------------------------------------------------
Raja Adley Paris Ishkandar
Junior Member
Gender:
Posts: 60
Re: Cari Kerabat YM Raja Ngah Makah b. Daeng Perat
« Reply #3 on: May 10th, 2009, 12:34pm »
--------------------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum semua
Terdapat penambahan maklumat yang terbaru dalam Salasilah Keturunan YM Raja Ngah Makah b. Daeng Peratis serta saudaranya, YM Daeng Muhammad @ Raja Ismail (Raja Alang Ahmad Bernam). Sila rujuk salasilah di atas ye..............
Terima kasih
Makam Daeng Salili
Tarikh : 17 Julai 2010
Lokasi : Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar
Saya telah berziarah ke makam Daeng Salili (Sedili) ini sejurus selepas pulang dari bengkel kraf dan warisan Pandai Besi yang lokasinya tidak jauh dari kawasan makam tersebut. Sebenarnya, sejak dari awal tahun 2010 lagi saya telah menyimpan hajat untuk berziarah ke makam mantan Mufti Pertama Negeri Perak ini. Namun, hajat yang dipendam akhirnya tercapai jua dengan izin Allah apabila saya hadir di sana pada tanggal 17 Julai yang lalu. Tiba pula di saat saya hampir berangkat ke Tanah Bugis 6 Ogos depan…tanah asal usul Daeng Salili sebelum berhijrah ke Negeri Perak.
Keterangan tentang Daeng Salili ini secara ringkasnya terdapat pada papan info di hadapan makam seperti yang tertera dalam rakaman foto di bawah.
Papan info tertera keterangan ringkas tentang Daeng Salili semasa hayatnya
Makam Daeng Salili di dalam kawasan pagar
Bahagian belakang makam
Makam Daeng Salili disimenkan dengan batu-bata
Nesan daripada batu sungai
No comments:
Post a Comment